[VIDEO] Sungai Sireh meriah, letupan bunga api semasa kebakaran

17 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sungai Sireh meriah, letupan bunga api semasa kebakaran

KLANG – Letupan bunga api mencetuskan tanda tanya ketika kebakaran dikatakan berlaku di Kampung Sireh Tambahan, di sini awal pagi tadi.

Kebakaran tersebut difahamkan memusnahkan enam kedai sederet di dilokasi berkenaan.

Insiden itu tular di aplikasi Threads menerusi dua video yang dimuat naik pengguna akaun orked3407, dengan salah seorang perakam kedengaran menyebut bunyi letupan serta percikan bunga api di udara ketika kebakaran berlaku.

Menerusi hantaran pengguna cuyaaa4891, percikan bunga api dipercayai mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk berhampiran.

“Patutlah dengar. Anak saya bangun nak minum, dia cakap, mama ada orang bakar mercun. Saya tengah fikir siapa pula nak bakar mercun pagi-pagi,” katanya.

Sementara itu, pengguna pipibard menyifatkan suasana ketika kejadian seolah-olah seperti pesta berikutan bunyi letupan yang kedengaran dari kawasan berkenaan.

Naum ia dibalas orked3407 dengan menyatakan “Meriah. Kita sudah cuak dari Kampung Delek boleh dengar. Ingat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu. Pagi-pagi subuh sudah buat kerja. Ada kebakaran rupanya.” jelasnya.

Situasi turut mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada premis berkenaan dipercayai menyimpan stok bunga api atau mercun.

“Ada simpan stok mercun ke?” soal ryzalreyz.

Bagaimanapun, punca kebakaran termasuk dakwaan mengenai bunyi letupan dan percikan bunga api masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Sungai Sireh meriah, letupan bunga api semasa kebakaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved