Lewis Hamilton Turun Padang Lawat Sempadan Rafah, Pantau Usaha Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

12 Nov 2026 • 3:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pemandu Formula 1 (F1) terkenal dunia, Lewis Hamilton mencuri perhatian apabila mengunjungi kawasan lintasan Rafah di sebelah Mesir pada 10 November lalu bagi melihat sendiri usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Juara dunia tujuh kali itu tiba di bandar El Arish, Sinai Utara sebelum meneruskan lawatan ke kawasan lintasan Rafah dan gudang logistik Bulan Sabit Merah Mesir yang menjadi antara lokasi penyediaan serta penyelarasan bantuan untuk dihantar ke Gaza.

Advertisement

Menurut laporan Reuters, Hamilton diberikan taklimat mengenai proses penyediaan, penyelarasan dan penghantaran bekalan kemanusiaan sebelum bantuan berkenaan dihantar ke Gaza.

Hamilton Lihat Sendiri Proses Bantuan Untuk Gaza

Dalam lawatan itu, Hamilton turut bertemu petugas bantuan dan pegawai yang terlibat dalam operasi kemanusiaan.

View this post on Instagram

Lawatan tersebut memberi peluang kepada pelumba Ferrari berusia 41 tahun itu untuk melihat dengan lebih dekat cabaran logistik yang dihadapi bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada penduduk Gaza.

Gabenor Sinai Utara, Khaled Megawer turut mengiringi Hamilton dalam lawatan berkenaan dan menerangkan usaha Mesir dalam menguruskan penghantaran bantuan ke Gaza.

Lawatan itu juga berlangsung ketika jumlah bantuan yang memasuki Gaza masih menjadi isu besar susulan keadaan kemanusiaan yang semakin kritikal.

Hamilton Gesa Bantuan Kemanusiaan Dibenarkan Masuk

Sehari selepas lawatan tersebut, Hamilton menggunakan platform media sosialnya untuk menyuarakan kebimbangan mengenai bantuan yang masih berdepan kelewatan untuk memasuki Gaza.

Beliau mendakwa melihat trak makanan yang sudah bersedia di sempadan tetapi berdepan kelewatan atau tidak dibenarkan masuk.

Hamilton turut mendakwa terdapat bekalan kemanusiaan seperti beg tidur, kit pertolongan cemas, peralatan perubatan, kerusi roda dan bola sepak untuk kanak-kanak yang ditolak atas alasan yang disifatkannya tidak munasabah.

Pelumba itu kemudian menggesa agar bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza serta menyeru masyarakat antarabangsa supaya tidak membiasakan diri dengan penderitaan rakyat Palestin.

Hamilton Sememangnya Aktif Dalam Isu Kemanusiaan

Hamilton sebelum ini memang dikenali sebagai figura sukan yang aktif menyuarakan isu kemanusiaan dan keamanan.

View this post on Instagram

Pada 2021, beliau menubuhkan Mission 44, sebuah badan amal yang memberi tumpuan kepada golongan muda, termasuk usaha memperluaskan akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan.

Lawatan ke Rafah itu turut dibuat tidak lama selepas Hamilton mencatat penampilan ke-400 dalam perlumbaan F1 ketika Grand Prix Sao Paulo pada 8 November lalu.

Hamilton kini berlumba bersama Ferrari dan merupakan antara pelumba paling berpengalaman dalam sejarah F1.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

drone2026-11-12 12:00:29

Penggiat Industri Dedah Kos Sebenar Setiap Pertunjukan Drone Di Udara - "100 Biji Pakai Dah Cecah RM 30,000"

The post Lewis Hamilton Turun Padang Lawat Sempadan Rafah, Pantau Usaha Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved