LG Breeze Adalah Fon Telinga Nirwayar Yang Boleh Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur

TechnologyDigital
3 Jan 2023 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidur yang cukup adalah penting bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat. Ironinya, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuklah gaya hidup. Bagaimanapun pengenalan produk baharu LG dilihat sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah ini.

image is not available

LG Breeze adalah fon telinga nirwayar yang dihasilkan bertujuan membantu pengguna mendapatkan pengalaman tidur lebih baik. Dibangunkan oleh SleepWave Company dan dikenali pula oleh LG Electronics, Breeze mempunyai binaan cukup ergonomik yang selesa dipakai semasa tidur. Ia menggunakan teknologi pengesanan gelombang yang unik bagi menganalisis corak tidur.

Seterusnya, memainkan audio yang disesuaikan dengannya dan menyediakan penyelesaian tidur lebih baik. Terdapat sehingga 80 jenis audio terbina termasuklah bunyi alam sekitar, yang dalam masa sama turut boleh disegerakkan dengan audio atau video daripada YouTube.

image is not available

Kesemua data berkaitan kemudiannya boleh dilihat dengan lebih jelas menerusi aplikasi yang disertakan. Ini termasuklah data tidur pengguna secara menyeluruh, seterusnya memberi cadangan yang bersesuaian untuk tidur yang lebih baik. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk mengumpul data harian seperti menjejak langkah, postur sewaktu tidur dan mengenali corak waktu tidur.

Pod pengecas yang disediakan menyokong fungsi UVnano untuk memastikan fon telinga ini setiasa bersih. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya yang diketahui setakat ini.