LGM sita 4 tan sarung tangan getah

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 12:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah premis di Puchong diserbu LGM dengan rampasan kira-kira 4 tan sarung tangan getah tanpa permit pada Selasa. Foto: LGM
image is not available
Sebuah premis di Puchong diserbu LGM dengan rampasan kira-kira 4 tan sarung tangan getah tanpa permit pada Selasa. Foto LGM

KUALA LUMPUR - Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyita kira-kira 4 tan sarung tangan getah tanpa permit di sebuah premis di Puchong, Selangor pada Selasa.

Tindakan itu dilakukan melalui Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan (UIP) LGM dengan kerjasama Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

LGM dalam kenyataan berkata, premis berkenaan dipercayai aktif menjalankan aktiviti membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah yang ditolak (rejected glove) dan sarung tangan getah sekerap (scrap glove) tanpa permit.

Menurutnya, operasi itu bertindak menyita kira-kira empat tan sarung tangan getah di dalam guni serta sebuah alat penimbang dengan anggaran nilai RM20,000.

"Aktiviti itu merupakan satu kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 di bawah Peraturan 22 (1)(b) iaitu tiada seorang pun boleh membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah yang ditolak dan sarung tangan getah sekerap melainkan jika orang itu memegang suatu Permit PST-G.

**media[3491851]**

"Jika disabitkan dengan kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014, individu berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya.

Tambah LGM, pihaknya sentiasa mempergiatkan aktiviti kawal selia industri sarung tangan getah termasuk aspek kualiti selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport sarung tangan getah terbesar dunia.

Jelasnya, LGM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti pelanggaran peraturan yang berkuat kuasa.

"Orang awam juga dialu-alukan untuk membuat sebarang aduan berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan dalam industri getah," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved