LHDN kutip RM203.9 bilion cukai langsung 2025, pertama kali lepasi paras RM200 bilion - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2026 • 12:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

LHDN kutip RM203.9 bilion cukai langsung 2025, pertama kali lepasi paras RM200 bilion - PM Anwar image is not available hamden24/04/2026 - 12:04

KUALA LUMPUR 24 April - Kutipan cukai langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencecah RM203.991 billion pada tahun lepas, buat julung kali melepasi paras RM200 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM19.19 bilion atau 10.38 peratus berbanding angka pada tahun sebelumnya.

 

"Hasil daripada prestasi kutipan yang lebih kukuh, kerajaan telah dapat memperuntukkan tambahan dana bayaran balik cukai sebanyak RM11.4 bilion kepada pembayar cukai syarikat yang telah tertunggak.

 

"Ia sekali gus menyelesaikan komitmen lampau secara lebih tersusun dan telus," kata beliau dalam ucapan merasmikan majlis sambutan Hari LHDN ke-30 di Cyberjaya hari ini.

 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

 

Anwar berkata dalam dunia yang dilanda ketidaktentuan ketika ini, LHDN perlu terus memperkukuh keupayaan analitik dan pendigitalan, termasuk memperkasa penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan ketirisan dan memudahkan pematuhan.

 

"Dalam masa yang sama, perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan mesti terus dipermudah, dipercepat dan diperkemas.

 

"Matlamatnya bukan sekadar kutipan cukai yang lebih tinggi, maah juga sistem percukaian yang lebih adil, telus dan diyakini," kata beliau.

 

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin. - BERNAMA

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved