Liberia sedia terima 1,200 migran diusir dari AS

WorldPolitics
19 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Liberia sedia terima 1,200 migran diusir dari AS

MONROVIA: Liberia mengumumkan negara itu bersedia menerima sehingga 1,200 warga asing yang diusir dari Amerika Syarikat (AS), ketika Presiden, Donald Trump meneruskan tindakan keras terhadap migran.

Pentadbiran Trump melaksanakan peluasan besar-besaran program pengusiran, termasuk langkah yang membolehkan kerajaan menghantar individu ke negara yang bukan negara asal mereka.

“Liberia bersedia menerima sehingga 1,200 individu yang dipindahkan dari AS dalam tempoh setahun,” kata kerajaan Liberia dalam satu kenyataan.

Kumpulan pertama membabitkan 20 individu yang diusir dijangka tiba di negara Afrika Barat itu pada Khamis.

Kerajaan Liberia berkata, mereka bebas meninggalkan negara itu apabila mereka mahu atau memohon suaka.

Pentadbiran Trump dilaporkan mahu menghantar pendatang dari El Salvador, Kilmar Abrego Garcia yang menjadi simbol tindakan pengusiran secara besar-besaran, ke Liberia selepas lelaki itu tersilap dihantar pulang ke negara asalnya.

Di Afrika, Ghana dan Equatorial Guinea menjadi antara negara transit utama dalam tindakan keras imigresen AS, meskipun pihak berkuasa di negara berkenaan kemudiannya segera menghantar individu terbabit ke negara asal masing-masing.

Dua bekas pegawai Jabatan Negara AS memberitahu AFP Washington menggunakan sekatan visa dan langkah mengehadkan kemudahan visa terhadap negara-negara Afrika bagi memberi tekanan supaya mereka menerima individu dari negara ketiga.

Kerajaan Liberia berkata, negara itu tidak meminta atau menerima sebarang pampasan atau janji ganjaran sebagai pertukaran kerana bersetuju menyertai program berkenaan.

“Liberia akan menerima sokongan bagi membantu mengurus program itu dan memperkukuh sistem migrasinya secara lebih menyeluruh,” katanya sambil menegaskan pengaturan berkenaan adalah sepenuhnya atas dasar kemanusiaan.

Liberia diasaskan pada awal abad ke-19 oleh sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kepulangan bekas hamba dan warga Afrika-Amerika yang dilahirkan bebas dari AS ke benua Afrika.-AFP

The post Liberia sedia terima 1,200 migran diusir dari AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved