LIBERTY WALK Buka Cawangan Rasmi Pertama Di Malaysia, Wataru Kato Bakal Meriahkan Grand Opening 8 & 9 Ogos Ini!

LocalCars
6 Aug 2026 • 7:40 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: LIBERTY WALK Buka Cawangan Rasmi Pertama Di Malaysia, Wataru Kato Bakal Meriahkan Grand Opening 8 & 9 Ogos Ini!

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 – Komuniti pengubahsuaian automotif tempatan bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Liberty Walk (LBWK) secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Malaysia menerusi acara Grand Opening Liberty Walk Malaysia yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2026 di Unit No. GS.11.0, Persiaran TRX, The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Pembukaan premis rasmi ini menjadi satu pencapaian penting buat jenama widebody ikonik dari Jepun itu dalam mengembangkan kehadirannya di Malaysia. Dengan lokasi strategik di The Exchange TRX, Liberty Walk Malaysia dijangka menjadi pusat tumpuan buat peminat JDM, stance, supercar dan budaya modifikasi automotif yang ingin mendapatkan produk serta barangan rasmi LBWK.

Acara Grand Opening ini turut dimeriahkan dengan kehadiran khas pengasas Liberty Walk, Wataru Kato, yang akan bertemu sendiri para peminat sepanjang dua hari acara berlangsung. Nama Kato sememangnya cukup dikenali dalam industri automotif global menerusi falsafah rekaan LB-Works yang telah menjadikan Liberty Walk antara jenama kit badan paling berpengaruh di dunia.

Kehadiran beliau memberikan peluang istimewa kepada peminat tempatan untuk bertemu, bergambar, mendapatkan autograf serta menyaksikan sendiri figura yang membawa budaya Liberty Walk ke pentas antarabangsa.

Selain meraikan pembukaan cawangan rasmi pertama Liberty Walk di Malaysia, pengunjung juga berpeluang mendapatkan model diecast edisi khas INNO64 x Liberty Walk x Leen Customs berwarna emas yang dihasilkan khusus sempena Grand Opening. Dengan pengeluaran yang terhad, model eksklusif ini dijangka menjadi buruan pengumpul diecast dan peminat setia Liberty Walk.

Sepanjang dua hari acara, suasana di Liberty Walk Malaysia dijangka dipenuhi dengan kehadiran pemilik kereta modifikasi, peminat JDM serta komuniti automotif dari seluruh negara yang ingin menjadi sebahagian daripada pembukaan rasmi jenama legenda dari Jepun itu.

Jika anda peminat dunia modifikasi automotif, 8 dan 9 Ogos ini merupakan tarikh yang tidak wajar dilepaskan. Selain berpeluang bertemu Wataru Kato, anda juga boleh menjadi antara individu terawal mengunjungi cawangan rasmi pertama Liberty Walk di Malaysia.

The post LIBERTY WALK Buka Cawangan Rasmi Pertama Di Malaysia, Wataru Kato Bakal Meriahkan Grand Opening 8 & 9 Ogos Ini! appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved