LibreOffice Menekankan Tidak Akan Menambah Ciri AI Pada Perisian Pejabat Mereka

Technology
7 Oct 2026 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LibreOffice merupakan salah satu perisian pejabat yang membolehkan pengguna membangunkan sejumlah dokumen, dan beroperasi sebagai alternatif kepada Microsoft Office. Ia dibangunkan secara sumber terbuka, dan turut digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia.

Image from: LibreOffice Menekankan Tidak Akan Menambah Ciri AI Pada Perisian Pejabat Mereka

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan sejak setahun dua ini, pelbagai perisian mula menambah ciri sokongan AI pada penawaran mereka. Namun, LibreOffice mengambil langkah sebaliknya, dan menyatakan tidak akan menambah sokongan AI pada perisian mereka buat masa ini.

LibreOffice mengatakan perisian mereka digunakan puluhan juta pengguna yang mementingkan privasi dan kawalan terhadap data mereka. Perisian AI juga kadangkala akan memproses data pengguna di pelayan luar, yang membuatkan pengguna tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Perkara ini mungkin tidak sesuai dan selesa bagi sejumlah organisasi. Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna inginkan integrasi AI, mereka boleh memilih untuk memasang pemalam tambahan dan memilih model yang mereka ingin hubungkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved