Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur

6 Jul 2026 • 9:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur

Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur

Dalam rutin harian, lif merupakan salah satu kemudahan yang sering digunakan tanpa banyak difikirkan.

Ia memudahkan pergerakan naik dan turun, terutama di bangunan bertingkat.

Namun, apabila lif tidak berfungsi seperti biasa, keadaan itu sedikit sebanyak boleh mengganggu urusan harian pengguna.

Menariknya, dalam situasi yang biasanya dianggap menyusahkan, kadang-kadang muncul juga perkara kecil yang tidak disangka.

Nota ‘comel’ dilekatkan pada lif curi perhatian ramai

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh pengguna Threads @ameng.my mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, dia memaklumkan bahawa lif yang ingin digunakannya tidak dapat berfungsi seperti biasa kerana mengalami kerosakan.

Perhatian ramai kemudian tertumpu pada gambar yang turut dikongsikan, apabila kelihatan sehelai nota ‘comel’ dilekatkan pada pintu lif sebagai makluman kepada pengguna.

Walaupun ringkas, perkongsian itu cukup mencuri perhatian dan membuatkan ramai tersenyum melihatnya.

Baca juga:

"Maaf, lif osyak..."

Nota kecil itu mencuri perhatian ramai kerana cara penulisannya yang santai dan ‘comel’, termasuk penggunaan ayat 'lif osyak' yang sengaja ditulis secara manja hingga membuatkan ia kelihatan lebih mencuit hati.

Pendekatan bahasa seperti itu secara tidak langsung menambah elemen humor, walaupun ia hanya sekadar makluman biasa.

Apa yang lebih menghiburkan, lelaki berkenaan turut memberikan reaksi dengan kapsyen yang turut bernada santai dan 'manja', seakan-akan melayan gaya nota tersebut.

"Alaaa, osyak ulak... ane ah na alik umah nih," selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut dan turut meninggalkan reaksi yang mencuit hati.

Malah, ada juga yang cuba meniru gaya penulisan 'manja' itu, menjadikan ruangan komen lebih meriah dengan pelbagai versi gurauan daripada warganet.

Dalam pada itu, turut kelihatan satu lagi nota lain yang bertulis tentang lif rosak dengan ejaan yang tersilap, sekali gus menambah lagi unsur humor dan membuatkan situasi itu semakin mencuit hati.

Image from: Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: Threads @ameng.my
Image from: Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: Threads @ameng.my
Image from: Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: Threads @ameng.my
Image from: Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur
Image from: Lif Rosak, Nota ‘Comel’ Ini Buat Ramai Terhibur

Reaksi spontan itu bukan sahaja mencuit hati, malah membuatkan suasana menjadi lebih santai dan 'hidup' dengan gelak tawa netizen.

Kadang kadang, benda kecil daripada orang sekeliling seperti ini sudah cukup untuk menceriakan hari dan menjadikan suasana lebih positif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved