Lif Sedang Diselenggara, Netizen Puji Tiga Lelaki Bantu Angkat Lelaki Berkerusi Roda Naik Tangga

13 Mar 2025 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki berkerusi roda tidak menyangka kejadian yang tidak diduga menemukannya dengan insan-insan yang baik hati dan ikhlas membantu.

Menerusi perkongsian Ismail di TikTok, dia mahu menggunakan perkhidmatan tren KTM di Bukit Mertajam namun kebetulan pada hari itu lif di stesen tersebut diselenggara.

Tanpa disangka-sangka, muncul tiga lelaki yang membantu mengangkatnya berserta kerusi roda tersebut menaiki tangga ke tingkat atas.

Boleh dilihat seorang lelaki memegang bahagian depan kerusi roda sambil melangkah menaiki anak tangga manakala seorang lagi menyokong bahagian belakang untuk ke atas.

Jangan takut untuk ke mana mana sahaja. Ramai orang baik-baik. Terima kasih yang membantu.

image is not available

image is not available

Perkongsian Ismail mendapat perhatian ramai di TikTok dan rata-ratanya memuji dua lelaki yang membantunya meskipun keletihan di bulan puasa.

Dalam pada itu, sesetengah individu memberi cadangan agar pihak KTM tambah baik lif sedia ada selain menyediakan kemudahan untuk golongan OKU di semua stesen.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Berbeza Dengan Kejadian Di Kemaman, Netizen Puji Peniaga Pasar Malam Ipoh 'Guide' Pemandu Lalu Keluar