Perkhidmatan Lif Tergendala, Tiga Individu Bantu Angkat Lelaki OKU Naik Tangga Dipuji

13 Mar 2025 • 11:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) meluahkan rasa terharu dengan sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang tampil membantu mengangkatnya selepas tidak dapat menggunakan lif di stesen KTM Bukit Mertajam.

Ismail yang juga merupakan pesakit spinal cord injury tidak menyangka perkhidmatan lif tergendala namun, bersyukur kerana ada tiga individu yang menolongnya untuk menuju jalan keluar.

Dalam perkongsian itu, beberapa orang lelaki sanggup merisikokan nyawa dengan mengangkat Ismail bersama kerusi roda naik atas tangga demi memudahkan urusannya.

Tiga individu bantu angkat lelaki OKU

“Kejadian tak diduga.

“Lif KTM Bukit Mertajam under maintenance, tapi syukur Allah hadirkan orang baik-baik walaupun berpuasa masih sudi membantu. Terima kasih orang baik,” ujar Ismail dalam sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Tiga individu bantu angkat lelaki OKU

image is not available

image is not available

image is not available

Terima kasih orang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kepada individu yang terlibat membantu Ismail tanpa memikirkan lelah berpuasa di bulan ramadan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar mereka dipermudahkan urusan selalu dan mendapat balasan baik daripada Allah kerana membantu insan yang memerlukan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @ismailazemin