Lif ‘tebing’ mudahkan perjalanan pelajar China ke sekolah

15 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lif ‘tebing’ mudahkan perjalanan pelajar China ke sekolah

BEIJING: Lif tebing yang dibina di wilayah Yunnan, China kini beroperasi sebagai ‘bas sekolah langit’ yang memendekkan masa perjalanan murid dari dasar lembah ke sekolah yang terletak di bahagian puncaknya.

Lif berkembar itu mungkin kelihatan agak ‘menggerunkan’ dari jauh bagi sesiapa yang pertama kali mendekatinya.

Lif baharu setinggi 288 meter yang mula beroperasi awal bulan ini terletak di tebing Sungai Nizhu di dalam kampung Nizhuhe di bandar Xuanwei dan dibina bersebelahan sebuah lagi lif tebing yang telah beroperasi sejak 2022.

Kampung Nizhuhe terletak di sebuah lembah yang dikelilingi kawasan pergunungan curam. Sebelum ini, penduduk terpaksa menggunakan laluan sempit yang sangat mencabar di tepi tebing untuk bergerak dari dasar lembah ke kawasan puncak.

Perjalanan pergi balik melalui laluan itu mengambil masa hampir enam jam, menyebabkan kanak-kanak dan ibu bapa terpaksa menempuh perjalanan sukar sekurang-kurangnya sekali setiap 10 hari.

Keadaan berubah pada 2022 selepas kawasan pelancongan Sungai Nizhu dibuka kepada orang ramai, dengan sebuah lif tebing setinggi 268 meter dan sistem kereta kabel mula beroperasi.

Kemudahan berkenaan disediakan secara percuma kepada penduduk tempatan.

Kini, gabungan kenderaan ulang-alik pelancong, lif dan kereta kabel membolehkan perjalanan pelajar ke sekolah dipendekkan kepada kira-kira 30 minit.

Satu laluan khas turut disediakan untuk pelajar, manakala anggota polis dan petugas khusus ditugaskan untuk mengiringi serta memastikan keselamatan mereka sepanjang perjalanan.

 

The post Lif ‘tebing’ mudahkan perjalanan pelajar China ke sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved