Liga Super: JDT ‘bedil’ DPMM 3-0

LocalFootball
4 Sep 2026 • 11:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: JDT ‘bedil’ DPMM 3-0

ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan selepas membenam DPMM FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Xisco Munoz mengekalkan kemenangan 100 peratus dengan mengutip 12 mata daripada empat perlawanan.

JDT berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36, berpunca daripada percubaan Arif Aiman Hanafi yang dinafikan penjaga gol Samuel Somerville namun Bergson Da Silva berada di posisi tepat menerima bola sebelum menendang masuk ke dalam gawang DPMM.

Empat minit berselang, JDT menambah jaringan sekali lagi menerusi larian lincah Arif Aiman dari sayap kanan sebelum membuat ‘cutback’ kepada Bergson untuk melepaskan rembatan kencang dari jarak dekat pada minit ke-40.

Strategi Munoz membawa masuk Stoichkov pada pertengahan babak kedua membuahkan hasil apabila pemain tengah itu menjaringkan gol ketiga perlawanan menerusi rembatan lerek ke tiang kiri pintu gol menewaskan Somerville pada minit ke-73.

JDT akan berdepan Negeri Sembilan pada aksi Liga Super seterusnya pada 11 September ini.-KOSMO! ONLINE

The post Liga Super: JDT ‘bedil’ DPMM 3-0 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved