Liga Super: Selangor FC teruskan langkah sempurna

6 Sep 2026 • 10:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Selangor FC teruskan langkah sempurna

PETALING JAYA – Selangor FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Melaka FC 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Turun dengan misi memburu kemenangan ketiga di laman sendiri, The Red Giants membuka jaringan menerusi Chrigor Moraes pada minit ke-11.

Bagaimanapun, Selangor berdepan tugas sukar apabila Kay Tejan dilayangkan kad merah pada penghujung babak pertama selepas percubaan akrobatiknya terkena muka pemain Melaka.

Bersambung babak kedua, Chrigor sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-51 untuk meletakkan Selangor 2-0 di depan.

Namun, skuad Hang Jebat enggan mengalah apabila Syahir Abdul Rashid merapatkan jurang pada minit ke-59 sebelum Dong-hyeon Do menyamakan kedudukan 16 minit kemudian.

Chrigor berpeluang melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti, namun gagal menyempurnakannya.

Ketika aksi seakan berakhir seri, Jefferson Tabinas muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk memastikan Selangor mengutip tiga mata penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

The post Liga Super: Selangor FC teruskan langkah sempurna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved