Liga Super: Selangor mahu status ‘raja’ Lembah Klang

FootballSports
13 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Selangor mahu status ‘raja’ Lembah Klang

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon mencabar barisan pemain untuk menjadikan derbi menentang Kuala Lumpur (KL) City di Stadium KL, Cheras malam ini sebagai medan menunjukkan siapa ‘raja’ Lembah Klang.

Pan-gon menganggap pertemuan itu bukan sekadar perebutan tiga mata, sebaliknya perlawanan penuh sejarah yang menuntut Selangor tampil dominan dalam misi mengekalkan rentak sempurna.

“Ini perlawanan yang penuh bersejarah, aksi derbi dan sangat penting buat pasukan. Saya anggap pasukan dan penyokong kami ada maruah yang perlu dipertahankan.

“Jadi kami tidak boleh kalah dan wajib menang untuk mengekalkan maruah itu,” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Mengulas lanjut, Pan-gon menegaskan Selangor tidak mahu sekadar bertahan, sebaliknya mahu menguasai derbi itu sepanjang 90 minit perlawanan.

Malah, bekas pengendali Harimau Malaya berharap peminat setia dapat menjadi pemain ke-12 pasukan walaupun bertandang ke gelanggang keramat The City Boys.

“Kami mahu mendominasi dan mengawal permainan. Tetapi, kami perlukan sokongan anda. Kami perlukan semua orang datang memenuhi stadium dengan warna merah. Itu sangat penting untuk kami.

“Datang dan penuhi stadium dengan warna merah supaya mereka berasa tertekan dan buktikan bahawa mereka tidak mampu menandingi kami sebagai pesaing.

“Kami perlukan semua penyokong kami berada dalam satu unit untuk menunjukkan kepada pasukan KL City bahawa kami lebih kuat pada aksi itu nanti,” katanya.

The post Liga Super: Selangor mahu status ‘raja’ Lembah Klang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved