Lil J lancar single Senjittah, selamba sindir kisah patah hati

EntertainmentMusic
24 Aug 2026 • 3:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Lil J

PETALING JAYA: Artis hip-hop Lil J tampil dengan pendekatan berbeza menerusi single terbaharu, Senjittah, yang mengangkat kisah patah hati, pengkhianatan dan keberanian meninggalkan hubungan tidak sihat dalam nada santai dan menghiburkan.

Single itu turut menjadi karya pertama daripada album Tamil sulung Lil J yang bakal dilancarkan, sekali gus menandakan kepulangannya kepada akar budaya sendiri selain membuka ruang untuk meneroka bunyi dan penceritaan baharu.

Lil J

Menurut Lil J, Senjittah mengetengahkan kekecewaan apabila seseorang tidak dihargai pasangan yang tidak setia, namun kisah perpisahan itu diterjemahkan menerusi sindiran dan humor berbanding pendekatan sedih yang lazim.

Katanya, lagu berkenaan turut membawa mesej mengenai kepentingan mengenali tanda-tanda amaran dalam hubungan, menghargai diri sendiri dan berani meneruskan kehidupan.

“Patah hati ialah pengalaman yang dilalui ramai orang dan selalunya kita hanya mendengar tentang betapa peritnya pengalaman itu.

“Saya mahu melihatnya daripada sudut berbeza. Ada kalanya kita perlu menoleh ke belakang, mentertawakan apa yang berlaku, mengambil pengajaran daripadanya dan terus melangkah. Itulah idea utama di sebalik Senjittah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Konsep lagu itu dibangunkan Lil J bersama DJ Biggie, manakala produksinya diterajui DJ Biggie dan DJ Freazz.

Lil J berkata, penghasilan lagu berkenaan turut dipengaruhi pengalaman peribadinya apabila pernah merasakan dirinya tidak cukup baik dalam sesebuah hubungan.

Walaupun disampaikan secara ringan, beliau berharap Senjittah dapat menggalakkan pendengar supaya lebih menghargai diri sendiri dan menyedari apabila sesebuah hubungan mula menjejaskan kebahagiaan.

“Kita perlu cukup menyayangi diri sendiri untuk mengetahui bila tiba masanya untuk pergi. Kita tidak seharusnya mengorbankan kebahagiaan, masa dan tenaga demi seseorang yang tidak menghargai kita.

“Ia mungkin sukar, tetapi kita perlu mengenali petandanya dan mula memandang ke hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Lil J kini dalam proses menyiapkan album Tamil sulungnya yang turut bakal menampilkan single kedua dengan pendekatan yang dijanjikan lebih segar dan berbeza.

Senjittah kini boleh didengarkan menerusi semua platform penstriman digital.

The post Lil J lancar single Senjittah, selamba sindir kisah patah hati appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved