
SHAH ALAM, 13 OGOS: Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dilaporkan hilang ketika menjalani latihan penerjunan dalam Eksesais Kerismas 29/26 di Pulau Layang-Layang malam tadi.
Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan lima anggota PASKAL terbabit, lapor Harian Metro.
Seorang lagi anggota PASKAL masih hilang dan usaha pencarian masih diteruskan.
Lima anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) terbabit ditemui sekitar jam 9 malam tadi selepas semua mereka diselamatkan oleh kapal KD Teguh serta KD Pahang.
Empat mangsa ditemui itu dalam keadaan stabil manakala seorang lagi mangsa dipercayai mengalami kecederaan akibat gigitan jerung.
Operasi pencarian anggota PASKAL yang masih hilang kini diteruskan menggunakan aset dan pesawat TLDM.
Semua mangsa kini dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kota Kinabalu.






