Lima Anggota Penjara Didakwa Berhubung Insiden Di Penjara Taiping

3 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lima Anggota Penjara Didakwa Berhubung Insiden Di Penjara Taiping

Lima Anggota Penjara Didakwa Berhubung Insiden Di Penjara Taiping

Lima anggota Jabatan Penjara dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini berhubung pertuduhan berkaitan insiden yang berlaku di Penjara Taiping pada 17 Januari 2025.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, prosiding tersebut merupakan perkembangan terbaharu kes yang sedang berjalan di mahkamah selepas seorang lagi anggota penjara sebelum ini telah didakwa di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan bagi insiden sama.

Menurut jabatan itu, daripada lima individu yang didakwa hari ini, dua daripadanya berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

“Jabatan Penjara menghormati sepenuhnya proses perundangan yang sedang berjalan dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC) serta institusi kehakiman bagi memastikan keadilan dilaksanakan secara telus mengikut lunas undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Katanya, jabatan tersebut sentiasa berpegang kepada prinsip integriti, profesionalisme dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai institusi korektif negara.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi berkenaan.

“Pihak jabatan turut menghormati hak setiap individu untuk mendapat perbicaraan yang adil selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang serta anggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan prosiding mahkamah dan memberi ruang kepada proses keadilan dilaksanakan sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved