
SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila kereta Mitsubishi Storm yang dipandunya terbabas di tepi Jalan Fok Hin, Batu 12, pada petang Khamis.
Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
AdvertisementMangsa yang belum dikenalpasti identitinya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




