Lima daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 7 malam

LocalEnvironment
1 Nov 2026 • 5:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 NOV: Lima daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, selain seluruh Pulau Pinang serta Kelantan.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Bandar Baharu, Kulim, Baling, Kuala Muda, Yan dan Sik, manakala di Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kampar dan Kinta.

Amaran turut dikeluarkan bagi Besut dan Setiu di Terengganu, Cameron Highlands di Pahang serta Kulai dan Pontian di Johor.

Di Sabah, kawasan terlibat merangkumi Kinabatangan, Sandakan, Labuk dan Sugut, Tongod serta Telupid di bahagian Sandakan.

Turut terlibat ialah Ranau, Kota Belud dan Tuaran di Pantai Barat, selain Sook, Keningau, Tambunan, Tenom, Sipitang dan Beaufort di Pedalaman.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku selama lebih sejam.

"Amaran itu bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved