
SHAH ALAM, 31 OKT: Seorang wanita berusia 20-an diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Sabak Bernam hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.20 petang.
Susulan itu, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan mangsa wanita terjatuh ke dalam sungai. Anggota kemudian membawa naik mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ashrul Riezal berkata mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.






