NGO fail laporan polis terhadap Hamzah Zainudin

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 9:01 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) dan ahli-ahli Gerakan Bangkit Sabahan akan memfailkan laporan polis di seluruh Sabah terhadap Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ia susulan video tular di mana Hamzah dilaporkan mengguris hati dan perasaan rakyat Sabah dengan menggunakan perkataan “palui” atau bodoh, semasa satu perhimpunan di sini, baru-baru ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata perkataan itu mungkin ditujukan khas kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji, tetapi secara prinsip akan berdiri dalam solidariti terhadap sebarang penghinaan yang dilemparkan kepada orang Sabah.

“Perkataan ‘palui’ yang diucapkan oleh Hamzah dan ditujukan kepada rakyat Sabah disifatkan sebagai perbuatan biadap dan kurang ajar.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Justeru laporan polis akan dibuat bermula hari ini (Jumaat) agar tindakan tegas dapat kenakan ke atas Hamzah.

“G57 juga berharap Kerajaan Sabah menggunakan kuasa imigresen sedia ada, bagi menghalang pemimpin dan aktivis politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sabah sekiranya mereka mempunyai sejarah atau perilaku menghina dan berpotensi melakukan huru hara di Sabah,” katanya, dalam kenyataan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Zulkarnain, yang juga Ketua Penasihat Gerakan Bangkit Sabahan, berkata sebelum ini aktivis visual Fahmi Reza juga telah menghina orang Sabah dengan melukis karikatur jelik yang membangkitkan kemarahan majoriti rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah sebenarnya tidak rasis dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi mutakhir ini, tindakan memperlekehkan orang Sabah berbentuk caci maki oleh ahli politik dari Semenanjung Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ia sewajarkan dihentikan melalui tindakan menghalang mereka menjejakkan kaki ke Sabah,” tegasnya.