Lima lelaki ditahan dekat pangkalan diguna tentera AS di Britain

WorldPolitics
28 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lima lelaki ditahan dekat pangkalan diguna tentera AS di Britain

LONDON/WASHINGTON: Polis antikeganasan Britain pada Ahad menyiasat insiden besar berhampiran sebuah pangkalan yang digunakan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), selepas menahan lima lelaki yang disyaki membuat persiapan untuk melakukan tindakan keganasan, kata polis.

Pegawai bersenjata menahan kumpulan itu pada awal pagi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai tiga  kenderaan mencurigakan yang dilihat menuju ke arah pangkalan udara, menurut kenyataan Polis Metropolitan London.

Insiden itu berlaku dekat pangkalan udara Tentera Udara Diraja Britain (RAF) Fairford di Gloucestershire.

Presiden AS, Donald Trump memberitahu pemberita bahawa mereka mahu melakukan kerosakan besar di pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Fairford di Gloucestershire, barat daya England.

“Kami telah memantau mereka untuk tempoh yang lama dan kami berjaya menahan mereka,” katanya, sambil menambah bahawa AS dan UK bekerjasama dalam insiden itu.

Seorang penduduk tempatan yang berkata, orang ramai di kawasan itu mengetahui bahawa pangkalan berkenaan ditutup berikutan ancaman keganasan, menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas melihat tiga van menghalang jalan dan sekumpulan besar lelaki memakai hud dan topeng balaclava.

Beliau memberitahu agensi berita PA bahawa beliau berasa amat terkejut kerana amaran itu pada dasarnya dicetuskan oleh seorang orang awam yang peka selepas melihat aktiviti luar biasa.

Kira-kira 85 keluarga di kampung Whelford yang berhampiran dinasihatkan berpindah, manakala pakar pemusnah bom tentera dipanggil untuk memeriksa tiga van putih besar yang dihentikan polis di jalan luar bandar. – AFP

The post Lima lelaki ditahan dekat pangkalan diguna tentera AS di Britain appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved