Dua warga Myanmar pukul koperal direman empat hari

28 Sep 2026 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua warga Myanmar pukul koperal direman empat hari
Azry Akmar

KUANTAN – Dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai memukul seorang koperal polis selepas ditegur kerana membuat bising direman selama empat hari bermula 26 September hingga 29 September ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan pada Jumaat sebelum direman bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ditahan pada Jumaat sebelum direman bermula 26 September hingga 29 September ini,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang koperal polis cedera dipukul dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, anggota polis berkenaan pergi ke lokasi selepas menerima aduan penduduk mengenai dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising di tepi jalan.

Dalam perkembangan sama, Azry Akmar berkata, anggota terbabit yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis telah dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah.

“Tiada rawatan susulan diperlukan berkaitan kecederaan patah tulang hidung atau kecederaan pada buku lali,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved