Lima Lelaki Ditahan Kes Kehilangan Dua Remaja Perempuan

22 Jun 2026 • 9:19 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun yang berjaya diselamatkan dalam satu operasi di Machang pada Sabtu.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Azuhar Md Nor ketika dihubungi semalam berkata, susulan penahanan itu, polis memperoleh perintah reman terhadap semua suspek yang ditahan di Machang petang Sabtu di Mahkamah Majistret Machang.

Image from: Lima Lelaki Ditahan Kes Kehilangan Dua Remaja Perempuan

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata, dua suspek utama direman selama lima hari manakala tiga lagi suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali melahirkan rasa syukur apabila kedua-dua remaja berkenaan berjaya diselamatkan polis selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lepas.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut.

Image from: Lima Lelaki Ditahan Kes Kehilangan Dua Remaja Perempuan

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, dua remaja yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang sejak Khamis selepas keluar ke bandar Kota Bharu tanpa ditemani ahli keluarga buat kali pertama.

Sumber: Bernama

The post Lima Lelaki Ditahan Kes Kehilangan Dua Remaja Perempuan appeared first on Borak Daily.