Lima lelaki kaki gaduh depan kelab malam dicekup

1 Sep 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima lelaki kaki gaduh depan kelab malam dicekup

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergaduhan besar di hadapan sebuah kelab malam di Esperance Pudu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan selepas polis menjalankan siasatan susulan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah Perodua Myvi berwarna hitam yang disyaki digunakan ketika kejadian.

“Hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah kekerasan dan dadah.

“Kesemua suspek direman selama lima hari bermula 31 Ogos hingga 4 September bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis mengesan satu video berdurasi 38 saat yang tular di Facebook kira-kira pukul 12 tengah hari, 30 Ogos lalu memaparkan pergaduhan dan rusuhan melibatkan sekumpulan lelaki.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan kelab malam berkenaan dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu sebelum berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan besar.

Annas berkata, polis masih mempergiat usaha mengesan beberapa suspek lain yang masih bebas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jeychandran Velayudan di talian 03-9289 9222 atau 010-214 6297, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Lima lelaki kaki gaduh depan kelab malam dicekup appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved