'LIMA masih 'laku', mengapa perlu dipindahkan?' - Tun M

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'LIMA masih 'laku', mengapa perlu dipindahkan?' - Tun M
Dr Mahathir

SHAH ALAM - "Apakah LIMA bukan satu 'brand' yang masih laku?

Itu persoalan yang dibangkitkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan untuk memberhentikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) di Langkawi.

Menurut beliau, perkara itu bukanlah semata-mata berkaitan nilai sentimental pada dirinya.

"Maknanya, kita sudah berusaha berpuluh tahun untuk menaikkan brand atau jenama LIMA di peringkat antarabangsa dan pada asasnya ia diterima.

"Buktinya ialah kehadiran syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa," tulisnya menerusi laman web thechedet.com pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan meneroka alternatif untuk menganjurkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Melaka pada masa depan.

Mahathir berkata, sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan dalam penganjuran LIMA, perkara itu sepatutnya diperbaiki bagi memastikan pameran berkenaan terus relevan.

"Jika kita dapati ada kekurangan dalam LIMA, maka kita perbaiki.

"Jika ada keperluan besar untuk ada pameran lain yang berkaitan tetapi tidak mampu ditampung oleh LIMA adakan pameran lain yang lebih bersasar," tulisnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved