Tun M terpanggil beri pendapat tentang LIMA -“Bukan semata-mata berkait perasaan saya”

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 11:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberikan pandangan berhubung cadangan untuk memberhentikan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) di Langkawi.

Adakah LIMA bukan satu ‘brand’ yang masih laku?

Menurut beliau dalam hantaran di Facebook, isu berkenaan bukan sekadar berkait perasaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut sama ada LIMA masih mempunyai nilai sebagai satu jenama yang mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

“Saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat terhadap cadangan untuk memberhenti LIMA di Langkawi.”
“Ianya bukan semata-mata berkait perasaan saya tetapi yang lebih penting ialah apakah LIMA bukan satu “brand” yang masih laku,” ujarnya.
#

Usaha naikkan jenama LIMA sudah dilakukan berpuluh tahun

Tun Dr Mahathir menyatakan usaha menaikkan jenama LIMA di peringkat antarabangsa telah dilakukan selama berpuluh tahun dan pada asasnya ia sudah diterima.

Ujarnya, antara bukti penerimaan terhadap LIMA adalah kehadiran syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa dalam pameran berkenaan.

“Maknanya, kita sudah berusaha berpuluh tahun untuk menaikkan brand atau jenama LIMA diperingkat antarabangsa dan pada asasnya ia diterima,”
“Buktinya ialah kehadiran syarikat-syarikat pertahanan antarabangsa,
Image from: Tun M terpanggil beri pendapat tentang LIMA -“Bukan semata-mata berkait perasaan saya”

Foto: TMR (Hussein Shaharuddin)

Dalam pada itu, beliau berpandangan sebarang kekurangan dalam penganjuran LIMA seharusnya diperbaiki dan tidak semestinya membawa kepada keputusan untuk menghentikannya.

Tambah beliau, sekiranya terdapat keperluan untuk pameran lain yang lebih khusus dan tidak mampu ditampung menerusi LIMA, penganjuran acara berkenaan boleh dibuat secara berasingan.

“Jika kita dapati ada kekurangan dalam LIMA, maka kita perbaiki,”
“Jika ada keperluan besar untuk ada pameran lain yang berkaitan tetapi tidak mampu ditampung oleh LIMA adakan pameran lain yang lebih targeted,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Dr Mahathir bin Mohamad

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved