
Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
"Manakala di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron. Sementara di Johor hanya dua daerah diramal hujan, Tangkak dan Muar.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

