Lima parah nahas di Papar

7 Oct 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima parah nahas di Papar

KOTA KINABALU – Lima lelaki parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Andus, Papar, kira-kira 7 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kenyataan memaklumkan kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza, Isuzu D-Max dan motosikal.

Menurut kenyataan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 7.24 pagi sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian pada 7.38 pagi.

“Kemalangan berlaku ketika kenderaan Perodua Bezza terlibat membuat pusingan U dan kemudian bertembung dengan dua kenderaan lain.

“Lapan individu terlibat dalam kemalangan tersebut dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” menurut kenyataan itu.

Mangsa berumur antara 15 hingga 50 tahun itu kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba serta ambulan untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 8.13 pagi selepas pemeriksaan dijalankan dan tiada bahaya lain dikesan. – Bernama

The post Lima parah nahas di Papar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved