Bimbang Kecewakan Ibu Bapa, Pelajar Tingkatan 1 Parah Jat*h Tingkat 3 Sekolah

LocalHealth & Fitness
6 Oct 2026 • 9:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 1

Satu kejadian menyayat hati berlaku di sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah apabila seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya, Ahad lalu.

Menerusi laporan, insiden berkenaan berlaku kira-kira jam 3.40 petang sewaktu sesi waktu rehat sekolah sedang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring memberitahu bahawa pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang guru lelaki berusia 48 tahun yang menemui mangsa.

Menurut beliau, guru berkenaan mendapati pelajar Tingkatan Satu itu berada dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran kawasan tangga Blok E sekolah berkenaan.

“Pengadu kemudian pergi ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati punca utama tindakan pelajar itu adalah disebabkan tekanan pelajaran yang dihadapinya menjelang minggu peperiksaan.

Bukan itu sahaja, mangsa juga mendakwa dia sering membandingkan tahap pencapaian akademiknya dengan kakaknya yang berusia 16 tahun dan sedang belajar di Tingkatan Empat di sekolah yang sama.

“Menurut mangsa, peperiksaan akan berlangsung pada minggu depan dan dia bimbang tidak dapat memenuhi harapan ibu bapanya,” jelas Syamsul lagi.

Lebih menyedihkan, hasil siasatan polis turut mendapati ada seorang pelajar perempuan yang pernah melihat hantaran Instagram Story milik mangsa sehari sebelum kejadian tragis itu berlaku.

Dalam hantaran berkenaan, mangsa ada memuat naik luahan berhubung tekanan emosi berkaitan pelajaran serta keluarga. Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam oleh mangsa.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved