Lima pelajar mohon maaf kerana biadab dalam tren

Travel
28 Jul 2026 • 6:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lima  pelajar mohon maaf kerana biadab dalam tren

BANGKOK: Lima pelajar warga Itali dan penyelia mereka memohon maaf kepada seorang wanita tempatan yang dikenali sebagai Sugus di Balai Polis Metropolitan Samrae, Thailand.

Semua pelajar itu berbuat demikian susulan tingkah laku mereka di dalam perkhidmatan kereta api BTS.

Pihak polis mengenakan den­da ke atas lima ahli kumpulan berkenaan kerana menghina orang lain.

Kumpulan itu dan wanita tersebut bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut pada 25 Julai lalu tanpa meneruskan sebarang tindakan undang-undang lanjut.

Insiden itu bermula apabila kumpulan itu bercakap dengan suara kuat dan berkelakuan tidak sopan sewaktu berada di dalam kereta api.

Apabila menegur tindakan mereka secara berhemah, Sugus sebaliknya dibalas dengan kata-kata kesat termasuk isyarat menunjuk jari tengah.

Kumpulan itu turut mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan

“Maaf kerana kami membawa wang ke negara anda,” kata mereka.

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan meluas dalam kalangan pengguna media sosial di Thailand. Ia sekali gus mendorong Sugus untuk membuat laporan polis.– AGENSI

 

The post Lima pelajar mohon maaf kerana biadab dalam tren appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved