Lima premis dikompaun dalam operasi MBDK di Taman Sri Andalas

20 Jul 2026 • 7:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lima premis dikompaun dalam operasi MBDK di Taman Sri Andalas

SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan lima notis sitaan dan lima kompaun terhadap beberapa premis perniagaan di Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas, Klang yang didapati melanggar syarat pelesenan serta peraturan ditetapkan.

MBDK memaklumkan tindakan itu diambil susulan operasi pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan ke atas lapan premis membabitkan kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai makan, kedai jamu dan pasar mini.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis beroperasi tanpa lesen MBDK, selain melakukan kesalahan menjual tong gas petroleum cecair (LPG) melebihi had yang dibenarkan tanpa lesen serta menyebabkan halangan di kaki lima," menurut kenyataan MBDK.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan dengan lancar dan terkawal mengikut peruntukan undang-undang kecil serta akta yang berkuat kuasa.

MBDK berkata operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat pelesenan dan peraturan yang ditetapkan demi kesejahteraan serta keselamatan warga Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved