Lima premis inap dusun, chalet, resort di Kalumpang diarah tutup

24 Sep 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lima premis inap dusun, chalet, resort di Kalumpang diarah tutup

SHAH ALAM, 24 SEPT: Lima premis inap dusun, resort dan chalet di sekitar Kalumpang, Hulu Selangor diarahkan tutup serta-merta selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Operasi melibatkan 17 anggota yang terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Perancang serta Jabatan Pelesenan.

MPHS memaklumkan, tindakan diambil susulan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu yang dilaksanakan terhadap aktiviti inap dusun, resort dan chalet di kawasan berkenaan.

"Susulan itu, arahan penutupan serta merta telah dikeluarkan ke atas premis berkenaan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Selain itu, notis pemberitahuan berkaitan penutupan telah ditampal di hadapan setiap premis untuk makluman pemilik dan pihak berkaitan

Dalam pada itu, MPHS memaklumkan akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pengoperasian premis inap dusun, resort dan chalet mematuhi peraturan serta keperluan pelesenan ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved