Wanita maut bot rafting dinaiki bersama lima rakan terbalik

20 Sep 2026 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut bot rafting dinaiki bersama lima rakan terbalik
Anggota bomba mengangkat mangsa ke dalam bot. - FOTO: Bomba Selangor

HULU SELANGOR - Seorang wanita maut selepas bot rafting yang dinaikinya bersama lima rakan terbalik di Sungai Pertak di sini pada Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, mangsa berusia 34 tahun itu tercampak dari bot ketika melalui jeram pertama sekitar jam 12 tengah hari.

“Menurut rakan mangsa, bot rafting yang dinaiki mangsa bersama lima rakannya telah terbalik dan mereka terkeluar dari bot di jeram pertama.

“Mangsa kemudiannya didapati tersangkut di dasar air dan rakan mangsa cuba mengeluarkannya daripada halangan,” jelas JBPM dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Jelas kenyataan itu lagi, JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi lapan minit kemudian.

"Pasukan bomba membantu membawa mangsa sejauh kira-kira satu kilometer ke kawasan selamat berhampiran Kem Rimbayu sebelum menyerahkannya kepada polis.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut," jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, operasi melibatkan enam anggota tamat pada jam 6.30 petang. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved