Lima Remaja Didakwa Hina Allahyarham Zara Qairina Mengaku Tidak Bersalah

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 6:29 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KOTA KINABALU – Lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah.

Pertuduhan di Mahkamah

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika ditemui di luar mahkamah berkata pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

“Tiada pengakuan salah dan 25 September ini tarikh sebutan semula.

“Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya.

Butiran Pertuduhan

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh secara niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap arwah pada 15 Julai lalu antara jam 10 hingga 11 malam.

Namun, hanya perkara itu boleh didedahkan manakala butiran lain prosiding tidak boleh disiarkan berikutan perintah larangan mahkamah.

Keputusan AGC

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh lima suspek yang dipercayai terlibat dalam kes buli, dan menegaskan pendakwaan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang dijadualkan bulan depan. – The Malaysian Update

The post Lima Remaja Didakwa Hina Allahyarham Zara Qairina Mengaku Tidak Bersalah appeared first on The Malaysian Update.