Lima rumah teres musnah dalam kebakaran di Klang

13 Jan 2026 • 10:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JAN: Lima rumah teres di Batu 5, Kampung Johan Setia, berhampiran Masjid Al-Hidayah, Klang, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.37 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dibantu BBP Klang Utara dan BBP Klang Selatan tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Operasi yang melibatkan 29 anggota itu berjaya mengawal kebakaran pada 2.54 petang.

“Lima rumah teres berkenaan musnah kira-kira 95 peratus, namun kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved