Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan maut kemalangan

3 Jun 2026 • 1:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan maut kemalangan
Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan

KUCHING - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.41 pagi.

Menurut kenyataan itu, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang paip air.

"Mangsa maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan seorang bayi perempuan.

"Pasukan bomba telah mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan, manakala bayi perempuan ditemukan oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian, dan dipercayai tercampak dari kenderaan semasa kemalangan,” menurut JBPM Sarawak.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama