Linda Rafar akui sedih buat keputusan keluar Elite -“Maafkan saya…”

EntertainmentLifestyle
30 Oct 2025 • 10:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Linda Rafar mengejutkan peminatnya apabila membuat keputusan untuk menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite pada Rabu.

Memetik laporan mStar, Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata, dia sudah reda dengan keputusan yang telah dibuat namun mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya.

Buat keputusan keluar Elite

image is not available

“Hanya pada Allah sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat nak sertai Elite lagi.

“Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa jua keadaan,” kata Linda pada Rabu.

Dalam perkongsian berasingan, Linda turut berkongsi satu tangkap layar perbualan bersama anggota kumpulan Elite yang lain termasuk Abby Abadi dan Azza Zawari yang turut memberi kata-kata semangat buatnya.

image is not available

Menerusi perkongsian itu, Azza menjelaskan bahawa Elite tidak akan mencari ahli baharu kerana mereka bersama-sama menaikkan kumpulan itu sehingga dikenali ramai.

“Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita.

“Aku nak kau tahu itu,” jelasnya.

image is not available

Untuk rekod, kumpulan Elite yang dianggotai lima ahli telah ditubuhkan pada 1995 dan mereka cukup dikenali ketia era 90-an begitu popular di era 90-an.

Ahli asal kumpulan berkenaan terdiri daripada Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali dan mereka diuruskan oleh KRU serta merupakan artis rakaman sulung KRU Records.

Sumber: mStar