“Linda Rafar Tak Sengaja Pakai Begitu, Netizen Kena Faham Keadaan Dia Ketika Itu” – Zamarul Hisham

EntertainmentLifestyle
1 Oct 2025 • 4:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Zamarul Hisham, baru-baru ini, menyifatkan insiden ‘baju ketat’ yang dipakai oleh kakak iparnya, Linda Rafar ketika konsert Elite Live’25 dianggap berlaku secara tidak sengaja.

Barangkali Linda Rafar gementar

Kata Zamarul sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro, memandangkan Elite juga sudah lama tidak muncul menyanyi dan kemudian mendapat peluang beraksi semula mestilah gementar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

 

Linda ini di luar pemakaian dia okay. Cuma isu (pakaian ketat) itu, saya pun terkejut. Bila pereka fesyen bagi baju sekian, akan hilang nak kata baju ini tak boleh. Kita tak reti nak cakap tidak.

Tak perlu sampai melemparkan kata-kata negatif hingga ganggu emosi

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu berkata bukanlah mahu menggalakkan pakai baju ketat tetapi berharap agar netizen boleh memahami situasi sebelum konsert berlangsung.

image is not available

Tambahannya lagi, tindakan netizen mengecam serta melemparkan kata-kata negatif kepada Linda Rafar tidak sepatutnya berlaku hingga menganggu emosi.

Ada (netizen) yang tegur secara baik, dia (Linda) tak melenting. Tapi, bila ada yang mengutuk teruk itu membuatkan dia melenting. Pada hal boleh sahaja kalau dia minta maaf ketika itu.

image is not available 2025-09-29 16:38:40

Kena Kecam Sebab Seksi, Penampilan Baru Linda Rafar Curi Tumpuan Ramai- "Macam Ni Baru Sopan, Cantik"