
Kota Kinabalu: Dua pengurus masing-masing didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis mereka.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Kong Fook Vui, 61, dan Mazlan Abdukong, 45, yang mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan terhadap mereka.
Kong didapati membenarkan seorang warga Filipina berusia 42 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen, berada di UE Wholesale Sdn Bhd, di sini pada 1.55 tengah hari pada 15 Februari tahun ini.
Sementara itu, Mazlan membenarkan seorang warga Filipina berusia 19 tahun tanpa dokumen pengenalan diri tinggal di Sunrise Evermore Sdn Bhd di Kompleks Segama, di sini pada 12.38 tengah hari pada 15 Februari tahun ini.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.
Semasa mitigasi, mereka meminta hukuman lebih ringan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk dikenakan ke atas mereka.
Di mahkamah sama, tiga pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.
Julasbi Jarin, Frily Onsung dan Renz Casungcad mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan mereka.
Mereka ditahan di Kudat pada 25 Jun tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.
Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas selesai menjalani hukuman, mereka diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometrik mereka diambil sebelum dihantar pulang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

