
Telah menjadi suatu kebiasaan untuk pelbagai perkhidmatan sosial menawarkan sorotan tahunan kepada para pengguna, sekaligus memperlihatkan statistik dan juga perkara penting yang berlaku sepanjang tahun atau sepanjang menyertai sesuatu platform.
Selepas pelbagai perkhidmatan, termasuk Shopee dan Zus menawarkan sorotan tahunan mereka, kini LinkedIn yang dimiliki Microsoft turut hadir dengan penawaran “Year In Review”.

Pengguna hanya boleh mengaksesnya melalui aplikasi mudah-alih, ia memperlihatkan perkembangan anda sejak menyertai platform sosial profesional berkenaan. Ini pertama kali LinkedIn menawarkannya, dan mungkin sekiranya anda pengguna tegar LinkedIn, boleh menyemaknya hari ini.





