“Lipas Bertempiaran” – Ramai Terkejut Lihat Bilik Sewa Kotor & Dipenuhi Longgokan Sampah

16 Jun 2025 • 3:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu pada masa kini lebih senang memilih untuk menyewa kediaman mahupun bilik apabila berhijrah ke tempat baharu.

Kebiasaannya, ada kriteria yang ditetapkan oleh sesetengah pemilik kediaman dalam memilih penyewa bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah di kemudian hari.

Namun entah mengapa, ada sahaja kisah di media sosial mengenai sikap segelintir penyewa yang pengotor dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kediaman mereka.

Bilik Penuh Sampah Sarap, Baju Bertaburan Di Lantai

Semalam (15 Jun), tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai keadaan sebuah bilik sewa.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh pengguna berkenaan di Threads @hanafiroslan, kelihatan sebuah bilik sewa berada dalam keadaan yang tidak terurus dan amat kotor.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat longgokan sampah berupa plastik dan bekas minuman berada di lantai bilik sewa berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa helai pakaian dan seluar turut diletakkan pada lantai tersebut.

image is not available
Foto: Threads

image is not available
Foto: Threads

Tilam Pada Katil Tukar Warna Jadi Hitam, Siap Ada Puntung Rokok Yang Terkumpul

Lebih menggelikan, tilam dan bantal yang berada pada salah satu katil dalam bilik sewa itu telah bertukar warna menjadi hitam dan dipenuhi dengan kotoran seolah-olah sudah lama tidak dicuci.

Malah, terdapat selonggok puntung rokok yang dikumpulkan dalam kotak kecil dan extension plug turut diletakkan atas tilam berkenaan yang sebenarnya membahayakan.

image is not available
Foto: Threads

image is not available
Foto: Threads

Pengguna Dakwa Penyewa Dah Lama Tak Bayar Sewa Tapi Masih Duduk Di Bilik Yang Kotor

Jelas pengguna itu, penyewa berkenaan sebenarnya sudah lama tidak membayar sewa bilik. Namun dakwanya, si penyewa masih lagi menetap di bilik yang kotor itu.

“Aku ingatkan kau dah lari dari tak bayar sewa bilik, rupanya masih duduk lagi.

“Macam manalah kau boleh tido dalam keadaan bilik kotor. Bila aku buka pintu bilik lipas-lipas bertempiaran brisk walk.

“Cuba korang teka penyewa ni lelaki ke perempuan,” tulisnya.

Penyewa Rupanya Lelaki, Pengguna Mohon Orang Ramai Berhati-Hati Pilih Pasangan

Setelah beberapa ketika, pengguna tersebut terus mendedahkan penyewa bilik itu merupakan seorang lelaki.

Malah, dia turut meminta agar individu di luar sana tidak kira lelaki atau perempuan berhati-hati dalam memilih pasangan supaya tidak perlu berhadapan dengan situasi sedemikian.

“Penyewa pengotor ni lelaki. Korang yang single cuba-cuba laa minta gambar bilik boyfriend atau girlfriend korang.

“Kadang-kadang bila dekat luar punya la handsome, cantik, kemas, smart. Iron baju tu tajam mengalahkan side baju tentera,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pengguna berkenaan yang mendedahkan keadaan bilik itu adalah pemilik rumah ataupun bukan.

Ramai Tak Sangka Ada Orang Boleh Hidup Dalam Keadaan Bilik Yang Kotor

Perkongsian yang telah mendapat lebih 164,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geli dan jijik melihat keadaan bilik sewa yang terlalu kotor itu.

Pada masa sama, ada juga netizen yang terkejut dan tidak menyangka seseorang boleh hidup dalam keadaan sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat berkemungkinan penyewa berkenaan seorang yang mempunyai penyakit atau mungkin terjebak dengan barang terlarang berdasarkan kepada keadaan bilik tersebut.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Gelinya Tengok, Dengan Tilamnya Berdaki”

image is not available

“Isyh Macam Mana Ada Orang Boleh Tidur Dalam Keadaan Macam Ini? Aku Pernah Jumpa Gelandangan Dekat KL, Tidur Dekat Kaki Lima Pun Bersih Je, Alas Dengan Kotak, Rambut Rapi”

image is not available

“Penagih Je Selalu Macam Ini, Dia Tak Sedar Keliling Dia Kotor. Orang Normal Takkan Macam Ini”

image is not available

“Tak Kira Lelaki Atau Perempuan Tapi Macam Mana Kau Hidup Dengan Kotor Macam Ni? Solat Ke Tak? Eeee”

image is not available

“Ya Allah Sesak Nafas Aku Tengok, Macam Mana Kau Boleh Selesa Hidup Macam Ni?”

image is not available

Source: