
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kereta sewa kebiasaannya akan menjadi pilihan bagi individu-individu yang ingin bercuti di kawasan pulau atau tempat peranginan namun tidak mahu membawa kenderaan sendiri.
Tidak dinafikan, dengan adanya kereta sewa ia akan memudahkan lagi perjalanan mereka sepanjang percutian.
Sebagai penyewa pula, kita perlu lah menjaga kereta yang diberikan dengan sebaik mungkin agar ia dapat dikembalikan dalam keadaan asal seperti mana semasa diambil.
Pemilik kereta sewa tegur tindakan dua lelaki berdiri atas kereta
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang memaparkan seorang pemilik kereta sewa di Langkawi bertindak menegur dua individu dipercayai jurufoto kerana berdiri di atas kereta.
Menerusi hantaran carousel di akaun TikTok @kereta_sewa_lgk, kedua-dua jurufoto terbabit dilihat berdiri di atas bumbung kereta jenis Toyota Vios itu dalam keadaan berkaki ayam sambil mengambil gambar.
Kehadiran dua jurufoto itu ke Langkawi dipercayai mempunyai kaitan dengan Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula hari ini (20 Mei) sehingga 24 Mei.
Pemilik kereta sewa minta penyewa jaga macam kereta sendiri
Pemilik kereta sewa itu memberi teguran dengan cara berhemah dan meminta agar penyewa menjaga kenderaan yang diberikan seperti kereta sendiri.
“Hai, mohon tolong jaga kereta sewa ini elok-elok macam kereta sendiri ya. Jangan panjat atau berdiri atas kereta, sayang cat dan bumbung dia. Gunakan dengan cermat. Kalau ada apa-apa masalah atau apa-apa jadi terus hubungi kami,” tulisnya di kapsyen.
Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada pelanggan yang telah memilih perkhidmatan kereta sewanya.
Untuk info, kebanyakan syarikat atau pemilik kenderaan yang menyewakan kereta akan meletakkan terma dan syarat yang meminta penyewa untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan melibatkan kenderaan sepanjang tempoh penyewaan.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang kecam dan ada pula sebaliknya
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat gambar tersebut.
Ada yang mengecam tindakan dua individu terbabit yang berdiri di atas bumbung kereta kerana ia boleh menyebabkan bahagian atas kenderaan itu kemek dan bercalar.
Namun, ada pula yang seakan menyokong perbuatan berkenaan dengan menyatakan bahawa mereka telah membayar sewa dan boleh berbuat sesuka hati.
“Kalau kereta sendiri memang tak buat macam ini”

“Jika benar ini berlaku, ambil tindakan”

“Okay lah tu dia buka kasut”

“Kamera dan lensa dia lagi mahal daripada kereta tu sebenarnya”

“Aku sewa suka hati lah nak buat apa”




![Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“It’s Ugly”- Gelagat Pelajar Tegur Ayah Untuk Berhenti Merokok Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)