Lisa Bakal Keluarkan Lagu Solo, Lakukan Kolabarasi Bersama Rosalia?

Music
15 May 2024 • 6:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan Lisa dari kumpulan BLACKPINK, dikhabarkan akan mengeluarkan lagu duet istimewa tidak lama lagi.

Memetik artikel BIZoom, hal ini secara tidak langsung menimbulkan kekecohan di kalangan peminat BLACKPINK, terutamanya peminat Lisa, kerana mereka beranggapan bahawa kemunculan semula Lisa menerusi lagu solo mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Oleh kerana itu, timbul ura-ura Lisa akan menjalinkan kerjasama bersama penyanyi terkenal Sepanyol, Rosalia memandangkan kedua-dua penyanyi tersebut kerap berjumpa dalam beberapa akhir ini.

Dalam pada itu, netizen berpendapat, kemungkinan Lisa berkolaborasi dengan Rosalia adalah boleh menjadi kenyataan, seperti sebelum ini Lisa menyebut dalam vlognya bahawa dia mahu bekerjasama dengan penyanyi berkenaan dan Tyla menerusi album solonya.

image is not available

Foto: Koreaboo

Sebelum ini, Rosalia dilihat bertemu dengan Lisa di belakang pentas di Festival Muzik, Coachella. Pada September 2023, Lisa turut dilihat berada di majlis hari lahir Rosalia.

Hal ini sedikit sebanyak mengukuhkan khabar angin yang beredar, dan sekiranya ia terbukti benar, sudah pasti ia akan menjadi hit yang sangat dinanti-nantikan.

Foto: Redbull

Untuk rekod, Rosalia ialah penyanyi Sepanyol yang telah memenangi Grammy Latin dan Anugerah Grammy. Lagu pertamanya yang terkenal di peringkat global ialah Con Altura(2019), hasil kerjasama dengan J Balvin.

Single ini terjual lebih 7 juta salinan dan dinilai sebagai salah satu lagu terbaik tahun ini oleh Billboard dan Pitchfork, memenangi Grammy Latin untuk Lagu Urban Terbaik. Dia juga telah bekerjasama dengan artis terkenal yang lain seperti Bad Bunny, Ozuna, Arca, dan Travis Scott.

Sumber: BIZoom