Lisa BLACKPINK Mesra Layan Peminat Tanpa ‘Bodyguard’ Di Bangkok

Entertainment
18 Dec 2023 • 4:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah menjadi perhatian ramai apabila tular beberapa gambar dirinya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di tempat tanah kelahirannya, Bangkok Thailand.

Makan bersama anak pemilik Samsung

Menerusi laporan dari allkpop, Lisa dipercayai hadir ke sana tanpa ditemani pengawal peribadi bersama anak perempuan pemilik jenama Samsung iaitu Lee Jae Yong.

image is not available

Lisa BLACKPINK di Bangkok makan di restoran

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kemesraan Lisa dalam melayani peminatnya tanpa mengira usia dan menyapa mereka walaupun sedang makan.

Dia yang berpenampilan dilihat mengenakan t-shirt berwarna merah jambu, berseluar jeans dan hanya berselipar sahaja sewaktu menikmati makan malam di restoran terbabit.

image is not available

Lisa BLACKPINK mesra layan peminat di Bangkok

Lisa kelihatan tersenyum mesra dan melayani peminat yang meminta tanda tangan serta bergambar bersama idol K-pop kesayangan mereka.

image is not available

Menurut sumber lagi, komen-komen yang dibuat netizen kebanyakkannya agak pelik dengan kehadiran Lisa dan anak kepada pemilik Samsung memandangkan mereka datang dari dua sektor yang berbeza.

Apa-apa pun, nampak sempoi betul Lisa bila balik kampung kan.

Sumber: allkpop