Lisa Surihani buka lembaran baharu sebagai duta, kongsi pengalaman tunaikan Haji

8 Oct 2026 • 5:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Lisa Surihani buka lembaran baharu sebagai duta, kongsi pengalaman tunaikan Haji

PENGALAMAN menunaikan ibadah Haji pada musim 1447H/2026M bukan sahaja menjadi kenangan bermakna buat pelakon Datin Lisa Surihani, malah membawa kepada satu tanggungjawab baharu apabila beliau dilantik sebagai Duta Haji Irkaz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Irkaz Travel) bagi musim 1448H/2027M.

Menariknya, pelantikan itu hadir selepas Lisa sendiri merasai pengalaman mengerjakan Haji bersama syarikat berkenaan.

Hubungan Lisa dengan Irkaz Travel juga bukan sesuatu yang baharu. Beliau sudah mengenali syarikat berkenaan sejak 2022 apabila memilih perkhidmatan Irkaz Travel untuk menunaikan Umrah.

Empat tahun kemudian, beliau kembali bersama syarikat sama bagi menyempurnakan rukun Islam kelima di Tanah Suci.

Pengarah Urusan Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Zakri Mohamad Nor berkata, pengalaman Lisa sebagai jemaah menjadi antara faktor utama pemilihannya sebagai duta.

Image from: Lisa Surihani buka lembaran baharu sebagai duta, kongsi pengalaman tunaikan Haji

“Hubungan kami dengan Lisa bukan bermula sebagai duta. Beliau terlebih dahulu mengenali Irkaz Travel sebagai jemaah Umrah pada tahun 2022 sebelum kembali bersama kami untuk menunaikan Haji tahun ini.

“Jadi apabila Lisa berkongsi mengenai Irkaz Travel, beliau berkongsi berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri. Kami percaya pengalaman itu membolehkan beliau menyampaikan kepada masyarakat gambaran yang lebih dekat tentang persediaan dan perjalanan sebagai seorang jemaah.

“Bagi kami, pelantikan ini bukan sekadar kerjasama dengan seorang selebriti, tetapi kesinambungan hubungan dan kepercayaan yang sudah terbina sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, Lisa menyifatkan perjalanan ibadah Haji bersama Irkaz Travel sebagai teratur, selesa dan penuh makna.

Beliau turut merasakan segala urusan dijaga dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci.

Bagi peranan baharunya itu, Lisa dijangka berkongsi pengalaman sebagai jemaah selain menyampaikan maklumat berkaitan persediaan dan perjalanan ibadah Haji kepada masyarakat.

Bukan Lisa seorang selebriti yang memilih Irkaz Travel untuk perjalanan Haji musim lalu apabila penyanyi Haji Shah Indrawan atau Tomok turut menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan.

Image from: Lisa Surihani buka lembaran baharu sebagai duta, kongsi pengalaman tunaikan Haji

Dalam perkembangan sama, Irkaz Travel sekali lagi dipilih sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim 1448H/2027M.

Ia merupakan tahun kedua syarikat berkenaan diberi kepercayaan selepas mengendalikan dua kumpulan jemaah pada musim pertama, 1447H/2026M.

Dalam pada itu, Irkaz Travel bakal menyertai Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 1448H/2027M yang berlangsung selama tiga hari, bermula 9 hingga 11 Oktober 2026 di Movenpick Convention Centre, Sepang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved