Piala Dunia Sepak Takraw 2026 (TM ISTAF SEPAKTAKRAW WORLD CUP 2026) akan membuka tirainya bermula 16 Mei 2026 sehingga 23 Mei 2026 bertempat di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Malaysia.
Layari portal rasmi ISTAF SEPAKTAKRAW WORLD CUP 2026 di https://sepaktakraw.one/istaf-sepaktakraw-wc-2026 untuk mengetahui info terkini mengenai setiap pasukan yang bertanding.
Sebanyak 14 negara telah mengesahkan penyertaan dan bakal berentap dalam kategori Premier di Kuala Lumpur. Saingan Divisyen 1 bagi edisi ini terpaksa dibatalkan berikutan penarikan diri pasukan antarabangsa akibat situasi semasa di Asia Barat.
Piala Dunia Sepak Takraw 2026 ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat elit, tetapi juga merupakan kepulangan simbolik kejohanan ke tanah air asal sukan ini bagi memupuk semangat perpaduan antarabangsa.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan & Sejarah Piala Dunia Sepak Takraw
Piala Dunia Sepak Takraw pertama kali dianjurkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada tahun 1990-an.
Tujuannya adalah untuk menyatukan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dan mempromosikan sukan ini ke pentas antarabangsa.
Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun dan disertai oleh negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Korea Selatan, dan Jepun.
>> Sepak Takraw adalah sukan yang menggabungkan elemen bola sepak dan bola tampar. Pemain menggunakan kaki, lutut, dada, dan kepala untuk memukul bola rotan ke atas jaring.
Tarikh & Lokasi Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Kejohanan TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 akan berlangsung secara rasmi pada tarikh dan lokasi berikut:
- Tarikh: 16 Mei hingga 23 Mei 2026.
- Lokasi (Venue): Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.
Stadium ini diiktiraf sebagai “Home of Sepaktakraw” di Malaysia dan akan menjadi saksi pertembungan sengit 14 negara elit bagi kategori Premier.
Tiket masuk harian atau pas bermusim kini boleh didapati secara dalam talian melalui Portal Tiket Rasmi Megatix.
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-150-1024x724.png)
Senarai 14 Negara Bertanding (Kategori Premier)
Sebanyak 14 buah negara elite akan berentap dalam divisyen utama kejohanan ini:
- Malaysia (Tuan Rumah)
- Thailand
- Indonesia
- Singapura
- Vietnam
- Filipina
- Myanmar
- India
- Korea Selatan
- Jepun
- Brunei
- China
- Taiwan
- Iran
Keputusan Undian Kumpulan (Group Draw)
Majlis undian rasmi menetapkan kedudukan kumpulan mengikut tiga acara utama:
| Acara | Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | Kumpulan D |
|---|---|---|---|---|
| Regu | Malaysia, Jepun, Singapura | Thailand, Iran, India | Myanmar, Vietnam, China, Indonesia | Filipina, Taiwan, Korea Selatan, Brunei |
| Team Regu | Thailand, Filipina, Vietnam | Malaysia, India, Myanmar | Korea Selatan, Singapura, Jepun | Indonesia, China, Brunei |
| Quadrant | China, Brunei, Filipina, Taiwan | Myanmar, Jepun, Iran, Indonesia | Malaysia, India, Singapura, Korea Selatan | Vietnam, Thailand, (Kosong), (Kosong) |
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-151-1024x724.png)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-153-1024x724.png)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-152-1024x724.png)
Senarai Pemain Malaysia
Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun, telah mengumumkan secara rasmi senarai 15 pemain skuad kebangsaan Malaysia yang akan memikul cabaran negara di TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026.
Rata-rata skuad kali ini mengekalkan teras pemain emas daripada temasya Sukan SEA terdahulu, dengan Jefri Ahmad menjadi satu-satunya muka baharu.
Berikut adalah pecahan senarai penuh pemain Malaysia:
- Syahir Rosdi
- Haziq Hairul Nizam
- Zarif Marican
- Zulkifli Razak (Tekong)
- Azlan Alias
- Noraizat Nordin
- Afifuddin Razali
- Hafizul Hayazi
- Farhan Adam
- Amirul Zazwan
- Aidil Aiman
- Zuleffendi Sumari
- Shahalril Aiman,
- Fetri Azwadi
- Jefri Ahmad
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-149-1024x790.png)
Jadual Piala Dunia Sepak Takraw Team Malaysia
Berikut adalah jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan melibatkan Pasukan Malaysia (Team Malaysia) di TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur:
Jadual Peringkat Kumpulan Team Malaysia
| Tarikh / Hari | Masa (Sesi) | Kategori / Acara | Perlawanan |
|---|---|---|---|
| 16 Mei (Sabtu) | 5.30 petang | Quadrant | Malaysia vs Singapura |
| 16 Mei (Sabtu) | 9.30 malam | Regu | Malaysia vs Jepun |
| 17 Mei (Ahad) | 5.30 petang | Regu | Malaysia vs Singapura |
| 17 Mei (Ahad) | 9.30 malam | Quadrant | Malaysia vs Korea Selatan |
| 18 Mei (Isnin) | 10.30 pagi | Quadrant | Malaysia vs India |
| 20 Mei (Rabu) | 9.30 malam | Team Regu | Malaysia vs India |
| 21 Mei (Khamis) | 9.30 malam | Team Regu | Malaysia vs Myanmar |
Fasa Kalah Mati (Sekiranya Layak)
Fasa suku akhir hingga penentuan juara akan berlangsung mengikut pecahan tarikh berikut:
- Quadrant & Regu:
- Suku Akhir: 18 Mei (Isnin) — Sesi Petang / Malam
- Separuh Akhir & Akhir: 19 Mei (Selasa) — Bermula jam 1.30 tengah hari
- Team Regu:
- Suku Akhir & Separuh Akhir: 22 Mei (Jumaat)
- Peringkat Akhir (Final): 23 Mei (Sabtu) — Sesi Pagi
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-163-768x1024.png)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-162-768x1024.png)
Jadual Perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 untuk hari Khamis, 21 May 2026. Malaysia akan bertemu dengan Myanmar pada pukul 8 malam ini.

![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-159-1024x724.png)
Keputusan Terkini (LIVE Score)
Keputusan perlawanan penuh kejohanan TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA.
Anda juga boleh layari https://sepaktakraw.one/istaf-sepaktakraw-wc-2026 atau ikuti perkembangan semasa melalui platform media sosial Persekutuan Sepaktakraw Malaysia – PSM sepanjang fasa kejohanan untuk mendapatkan skor masa nyata (live score).
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/piala-dunia-sepak-takraw-istaf-1-1024x724.jpg)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/piala-dunia-sepak-takraw-istaf-2-1024x724.jpg)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/piala-dunia-sepak-takraw-istaf-3-1024x724.jpg)
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/piala-dunia-sepak-takraw-istaf-4-1024x724.jpg)
Tiket Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Jualan tiket rasmi untuk TM ISTAF Sepak Takraw World Cup 2026 di Stadium Titiwangsa kini telah dibuka secara dalam talian.
Pembelian tiket boleh dibuat secara sah menerusi portal jualan rasmi Ticket Hotline Malaysia atau platform rakan kerjasama Megatix Malaysia.
![Image from: [LIVE] Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Jadual & Keputusan Terkini](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/05/image-164-1024x1024.png)
Senarai Harga Tiket Mengikut Fasa Kejohanan
Harga tiket ditetapkan mengikut kategori umur (Dewasa bermula 13 tahun ke atas, Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) serta mengikut fasa perlawanan:
| Kategori Perlawanan | Harga Tiket Dewasa | Harga Tiket Kanak-kanak | Nota Sesi Perlawanan |
|---|---|---|---|
| Peringkat Kumpulan (Hari 1–3, 5) | RM 10.00 | RM 5.00 | Sah untuk pas masuk 1 hari penuh. |
| Separuh Akhir (Hari 4 – Sesi Siang) | RM 15.00 | RM 8.00 | Kemasukan bagi slot jam 12:00 PM – 2:30 PM. |
| Peringkat Akhir / Final (Hari 4 – Sesi Malam) | RM 20.00 | RM 10.00 | Kemasukan bagi slot jam 8:00 PM – 10:30 PM. |
| Season Pass (Pas Bermusim) | RM 100.00 | Tidak berkenaan | Akses sepanjang kejohanan (16–23 Mei) + Jersi Edisi Terhad. |
NOTA:
- Setiap transaksi pembelian tiket dalam talian akan dikenakan caj pemprosesan (Ticket Fee) tambahan sebanyak RM1.60 (atau RM4.03 bagi Season Pass) oleh penyedia platform.
- Had Umur: Kemasukan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma tetapi tidak disediakan tempat duduk khas.
- Pembelian Awal: Tiket bagi sesi malam (melibatkan perlawanan Team Malaysia) dan hari kemuncak (Separuh Akhir/Akhir) adalah terhad dan dinasihatkan untuk dibeli awal bagi mengelakkan kaunter fizikal stadium ditutup akibat kehabisan kuota.
Live Streaming Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Siaran langsung dan live streaming rasmi bagi kejohanan TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa boleh ditonton secara digital menerusi platform berikut:
- Astro Arena & Astro Arena 2 (CH 801 & CH 802)
- Astro GO
- Sooka
- RTM TV Okey: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
- FB PSM: https://www.facebook.com/persatuansepaktakrawmalaysia
- Youtube WeAreSepaktakraw: https://www.youtube.com/@WeAreSepaktakraw
- FB ISTAF: Sepaktakraw World Cup
- FB BolaRotan: https://www.facebook.com/BolarotanTV
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini mengenai Piala Dunia Sepak Takraw 2026, sila rujuk:
- Laman Web Rasmi ISTAF World Cup
- Facebook Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)
- Facebook Persekutuan Sepaktakraw Asia / ISTAF
- Laman Jualan Tiket Rasmi Megatix
- Astro Sooka Malaysia dan Aplikasi RTMklik
Soalan Lazim Piala Dunia Sepak Takraw 2026
Bilakah kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 akan berlangsung?Piala Dunia Sepak Takraw 2026 akan bermula dari 16 Mei hingga 23 Mei 2026.
Semua perlawanan diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia.
Berapa banyakkah negara yang bertanding bagi kategori Premier?Sebanyak 14 buah negara elit termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Korea Selatan
Mengapa saingan Divisyen 1 dibatalkan?Saingan Divisyen 1 dibatalkan secara rasmi selepas 10 daripada 12 pasukan luar menarik diri akibat situasi geopolitik semasa di Asia Barat. Kejohanan kini fokus sepenuhnya kepada Divisyen Premier di Kuala Lumpur.
Apakah tiga acara utama yang dipertandingkan?Tiga acara yang dipertandingkan dalam Kategori Premier ialah Regu, Team Regu (Berpasukan), dan Quadrant (Kuadran/Berempat).
Siapakah ketua jurulatih yang mengemudikan skuad Malaysia kali ini?Skuad kebangsaan dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman, Ahmad Jais Baharun.
Di mana boleh membeli tiket rasmi Piala Dunia Sepak Takraw 2026?Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui Portal Tiket Megatix.
Di manakah saya boleh menonton siaran langsung secara digital?Anda boleh menonton secara rasmi di platform digital Astro Sooka dan aplikasi percuma RTMklik (TV Okey).
Di manakah saya boleh mendapatkan kemas kini keputusan terpantas?Sila ikuti laman Facebook Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk keputusan masa nyata (live score).
Bagaimanakah cara terbaik untuk ke Stadium Titiwangsa menggunakan pengangkutan awam?nda boleh menaiki LRT Laluan Ampang/Sri Petaling atau KL Monorail dan turun di Stesen Titiwangsa. Stadium terletak dalam jarak berjalan kaki sekitar 10 minit dari stesen tersebut.
Adakah terdapat kemudahan tempat letak kereta di stadium Titiwangsa?Tempat letak kereta di dalam kawasan stadium adalah sangat terhad dan biasanya dikhaskan untuk pihak penganjur dan VIP. Penonton dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam berhampiran Taman Tasik Titiwangsa.
