[LIVE UPDATE] Keputusan Terkini Pilihan Raya Umum Ke-15

Politics
19 Nov 2022 • 7:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

KEPUTUSAN RASMI PRU KE-15 SETAKAT INI :

Keputusan rasmi ketika ini, Pakatan Harapan mendahului dengan 82 kerusi.

image is not available

 

Sumber : myundi.com.my

 

PAKATAN HARAPAN : 82 KERUSI

BARISAN NASIONAL : 30 KERUSI

PERIKATAN NASIONAL : 73 KERUSI

 

PRU 15 dikatakan sebagai pilihan raya umum paling sengit dalam sejarah negara dengan menyaksikan 944 individu merangkumi 817 calon lelaki dan 127 wanita.

Jumlah itu paling tinggi dicatatkan berbanding 687 calon pada PRU-14 dan 579 calon pada PRU-13.

PRU-15 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menampilkan 205 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) 178 calon, Perikatan Nasional (PN) 149 calon dan Gerakan Tanah Air sebanyak 116 calon.

Parti yang bertanding memerlukan sebanyak 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan, atau 148 kerusi bagi memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan.

Semoga kerajaan yang dibentuk pada pilihan raya umum ke-15 ini dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih, berintegriti dan harmoni.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.