Liverpool tutup jalan Gakpo keluar

Football
27 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liverpool tutup jalan Gakpo keluar

LIVERPOOL – Liverpool tidak berhasrat melepaskan Cody Gakpo pada jendela perpindahan kali ini biarpun penyerang Belanda itu menjadi buruan Tottenham Hotspur dan terbaharu Manchester City.

Tottenham dilaporkan masih giat memburu Gakpo dengan pemain berusia 27 tahun itu dikatakan sudah mencapai persetujuan mengenai terma peribadi selepas dijanjikan peranan penting dalam perancangan pengendali, Roberto De Zerbi.

Malah, Gakpo dipercayai terbuka meninggalkan Anfield kerana bimbang peluangnya semakin terhad di bawah kendalian Andoni Iraola, terutama jika Liverpool membawa masuk lebih ramai pemain serangan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Bagaimanapun, Liverpool tetap bertegas Gakpo tidak akan dijual dengan Iraola dikatakan masih meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pemain itu yang meledak satu gol ketika seri 2-2 menentang Newcastle United, Ahad lalu.

The Reds juga dijangka masih memerlukan khidmat Gakpo memandangkan Hugo Ekitike belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan tidak dijangka bersaing secara konsisten untuk mendapatkan tempat sehingga penghujung tahun.

Justeru, Liverpool berkemungkinan sekurang-kurangnya mempertahankan Gakpo sehingga jendela perpindahan Januari biarpun Tottenham terus memburu tandatangannya dan City kini muncul sebagai pencabar baharu untuk mendapatkan penyerang berkenaan. – AGENSI

The post Liverpool tutup jalan Gakpo keluar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved